Dimana Inginku Meletak Kepercayaan Ini?

June 13th, 2008 by epah-sk8
Buat teman-teman yang diingati..

Jangan dicinta kerana dia lelaki

Kelak kita akan membenci

Jika dia bukan lelaki yang dicari

Hanya pandai menabur janji…

Jangan di rindu pada paras rupa

Kelak kita akan terseksa

Jika dia tidak sebaik rupanya

Senyumnya manis tipu belaka…

Jangan disayang kerana berharta

Kelak kita hidup menderita

Jika hartanya habis dibelanja

Sukar hidup, miskin dan papa…

Jangan dikasih kerana dipuji

Kelak kita menagih janji

Jika rupa berkedut dimamah hari

Hilang sudah puji memuji…

Jangan dicari seorang kekasih

Kelak kita akan disisih

Jika kasih luntur bersih

Menangislah diri hidup bersedih…

Jangan disambut salam rindu

Kelak kita menahan sendu

Jika rindu tak dapat disatu

Dimanakah kita akan mengadu…

Jangan dilayan seorang teman

Kelak hidup menjadi ancaman

Jika teman tidak beriman

Dibakar api hari kemudian…

Wahai sahabat wahai teman

Carilah dia kerana Tuhan

Untuk menambah ceteknya iman

Bekalan diri hidup berteman…

Wahai sahabat wahai teman

Cintalah dia kerana beriman

Dijadikan Tuhan sebagai pasangan

Baik buruk ketentuan Tuhan

Wahai sahabat wahai teman

Terimalah dia penuh keikhlasan

Andai buruk angaplah dugaan

Andai baik pujilah Tuhan…

Wahai sahabat wahai teman

Ingatlah akan janji Tuhan

Isteri yang baik besar balasan

Suami penyabar itulah kemenangan…

Wallahua’lam

Kenapa CINTA???

March 1st, 2008 by epah-sk8

Semakin hari semakin banyak kisah CINTA yang menerjah hidup ini.

Apabila muncul seorang mengadu, muncul pula seorang yang lain. Mengadu perkara yang sama; CINTA. Bagaikan tiada penghujung! Masing-masing mengadu tentang masalah cinta

Namun aku sedar, apa yang aku lakukan ini adalah untuk kebaikan bersama. Sudah menjadi tanggungjawabku menjadi pendengar setia kepada setiap permasalahan itu. . Tapi apakah erti semua ini?

Aku tidak boleh berdiam diri, aku mesti melakukan sesuatu!!!

lOv3…

January 15th, 2008 by epah-sk8

CINTA

Cinta adalah nikmat dari Allah

Yang membuat dunia menjadi tiada bertepi

Lebih dalam dari lautan yang dalam

Lebih tinggi dari angkasa membumbung

Berbahagialah yang dihidupkan hatinya dengan cinta

Namun waspadalah bagi orang yang dibutakan hatinya dengan cinta

Seindah-indah cinta

Adalah cinta kepada penggenggam alam semesta

Kepada yang Maha Mencinta

Yang tiada pernah terputus cintanya

Yang kekal cintanya

Dialah Allah, Allah, Allah

Yang Maha Agung

Maha Indah

Maha Penyayang

Maha Membela

Maha Mempesona

Saudaraku bahu membahulah membangun cinta

Dengan para pencinta

Cinta kebenaran

Cinta rasullullh

Cinta semata-mata kerana Allah

Berbolak balik qalbu ku ini…

January 9th, 2008 by epah-sk8

Episod I (Perkenalan)

Nafsu : Aku telah sukakan ‘someone’…betulkah apa yang aku rasakan ini?..

Iman : Astaghfirullah..mengapa perkara sebegini datang menggangguku…Ya Allah bantulah aku..

Aqal : Inilah lumrah..biasala..inikan fitrah manusia..akan suka pada seseorang..tak salahlah bila punyai perasaan sebegini..

Iblis : Ha..betul tu Aqal..aku sokong kau 100%..bukannya buat dosa pun bila sukakan si dia tu..suka tu perkara biasalah..macam suka makan,suka tidur..ha..betul tak Aqal..

Aqal : Yup..betul tu..kalau diikutkan tak salahlah..jangan risaulah

Nafsu..Be calm..

Nafsu : Ok..aku faham..so..tak salahkan..time kasih Aqal..

Iblis : Opps..terima kasih kat Aqal je eke?..Aku pun tolong gak.

Nafsu : ???…(Confius)…

Iman : ( Tengah menahan marah)

Aqal : No komen ( Buat tak tahu)..

Iman : Erm..memang suka itu satu fitrah…tapi effect bermula dari suka ini bahaya..

Nafsu : Apa yang bahayanya Iman..suka aje la..

Iman : Nafsu..kau sahabat paling dekat dengan aku..aku tahu effectnya nanti..aku perlu jaga kau..

Iblis : Nafsu..jangan dengar cakap Iman tu..dia saja nak takut-takutkan kau..

Nafsu : (Berfikir)…Aku tak buat dosa..hanya aku turuti fitrah..dan aku telah istikharah..aku yakin dia untukku..

Iman : Aku pun yakin..tapi aku perlu kuat..(Iman mula berbolak-balik)…

Iblis : Hahaha…(tergelak sendiri)…Nafsu telah menurutiku..

Pertemuan pelbagai caranya..samada ’orang tengah’ mahupun perkenalan sendiri..episod ’suka’ mungkin perkara biasa dalam lumrah manusia..tetapi..BEWARE..

Episod II ( Perhubungan )

Aqal : Aku selalu teringat si dia..kenapa ni..(resah)

Nafsu : Aku pun plak rindu kat si dia…tak tenang rasanya..

Iman : Mengapa harus rindu..mengapa harus teringat tentang dia…Ya Allah aku semakin lemah..

Iblis : Hahaha..bodohla kamu bertiga ni..its normalla bila sukakan seseorang..awal-awal biasala..kalau dah teringat..kalau dah rindu tu..contactla dengan dia..dia pun sukakan kan kau..kau pun tahu kan..

Iman : Kau ni Iblis..bisinglah..pergi jauh-jauh dari kami..

Aqal : Kalau teringat…contact?..kenapa pula begitu?

Nafsu : Aku dah tak tahan ini..kena contact ke kalau nak hilangkan rindu..

Iblis : Ha..dengarlah cakap aku ini..kalau dah contact..selalu berhubung..lepas tu tak rindulah lagi..tak teringatlah lagi..sebab dah biasa..percayalah cakap aku..dah ramai yang berjaya..

Iman : Mana boleh macam tu..nonsense..perlu lawan semua ini..tak boleh berkelakuan sebegitu..akan berlaku maksiat hati tanpa disedari..zina-zina kecil..dosa-dosa kecil yang boleh membawa kepada dosa besar..Aku tak boleh ikut hasutan syaitan..

Aqal : ( Sedang berfikir)…Bagaimana pula boleh jadi maksiat..boleh jadi dosa besar pulak tu..berhubung perkara biasa dalam sebuah perhubungan..

Nafsu : Betul tu..lagipun aku dengan dia..bukannya main-main dalam perhubungan ni..matlamat kami jelas..untuk di ijabkabulkan.niat kami kerana Allah…bukannya nak berhubung lebih-lebih pun..macam orang lain..tak jaga batas syari’at..selalu jumpa..pegang tanganla..hanya sms dan call je..

Aqal : Yup..lagipun belum kenal baik lagi each other..kenala contact untuk kenal hati budi..

Iblis : Betul2…sebelum kawin..kenala kenal hati budi..nanti silap pilihkan susah..

Iman : Tak boleh!!…Aku kena luahkan rindu hanya pada Allah..Dia yang kurniakan perasaan sebegini..aku tak boleh lalai..aku kena perbanyakkan amalan untuk hilangkan rindu kepadanya..

Iblis : Alah Iman..relaksla..janganlah keras sangat..jadi biasa2 sudahlah..jangan nak seksa dirila..nanti merana..contact je dia..nak kenal kan..bakal suami/isteri tu..matlamat untuk baitul muslim tu..tak boleh wat main-main..nak sehidup semati..

Iman : ( Hanya diam)…aku masih kuat..niatkan berhubung kerana Allah..untuk kenal hati budi sahaja..bukan lebih dari itu..

Nafsu : Erm..perlu berhubung…

Aqal : ( Mengangguk-anggukkan tanda setuju)

Dari perkenalan..bermulanya perhubungan..bila hati sudah ’suka’..perhubungan akan bermula..bukan perhubungan biasa seperti seorang kawan..tapi sebagai ’bakal bait muslim’…dan apabila perhubungan bermula…Episod seterusnya akan berlaku….

Episod III ( Mainan Perasaan)

Nafsu : Geramnya..kenapa dah lama dia tak contact aku??..Dah lupakan aku ke..

Aqal : Kenapa dia jadi begitu..dia ada ’org’ lain?..atau dia sibuk?..atau takde kredit?..(Aqal mula berbicara sendiri..berfikir terus berfikir)…

Nafsu : Terasanya aku..sakit hati..kecil hati..macam2la..buat aku jadi macam ini

Iman : Mungkin dia ada hal..masyaqqah..takkan nak contact aku selalu..lagipun tak elok sangatlah..

Iblis : Biasanya..kalau dah lama tak contact ni..mesti ada sesuatu yang di sorokkan..

Aqal : Betul juga tu..tak pernah pun buat hal camni..aku sms pun xreply..

Nafsu : Atau dia marahkan aku? Aku ada buat salah ke ek..apa yang aku buat ye..

Iman : Aku yang silap rasanya..tak baik su’u dzon..tapi apa perlu aku buat..

Iblis : Apa lagi..serang je dia tu..dulu bukan main baik..sekarang buat hal pulak..

Nafsu : Ha’ah..aku pun naik marah gak (nafsu ammarah mula menguasai)..

Iman : Aku tak tahu Ya Allah..berilah aku petunjuk..

Aqal : Aku kena call dia ni..minta penjelasan…tak pun jumpa..tak boleh berterusan camni..

Apabila sentiasa berhubung..sedikit masalah..akan menjadi semakin besar..kerana ianya melibatkan hati dan perasaan..cepat terasa..sensitif..kecil hati..sakit hati..mula su’u dzon..tanpa sedar..perhubungan mula merosakkan hati..mula melalaikan…iman mengatakan rindu dan sayang kerana Allah..betulkah?..jika kerana Allah..hati akan sentiasa tenang dan tidak lalai dari hanya mengingatiNYA..

Episod IV ( Iman menangis)

Air mata Iman mengalir deras..dia mula sedar..dia semakin hanyut..satu bisikan kedengaran…

Iman Kuat : Kau perlu lebih dekatkan kepada Allah..banyakkan amalan sunat..

Iman Lemah : Siapa kau?

Iman Kuat : Aku adalah engkau…tapi kau lemah..kau lalai

Iman Lemah : Betul aku telah lalai..aku banyak dosa…

Iman Kuat : Kau lemah..kerana itu Nafsu dan Aqal turut lemah..dan kau biarkan mereka mengikuti hasutan Iblis!!!

Iman Lemah : (Esakan iman semakin kuat)…Aku sedar..kerana aku turut turuti hasutan Iblis…

Iman Kuat : Kau perlu berubah..bukan begini caranya untuk kau dapatkan cinta manusia yang turut mencintaiNYA…

Iman Lemah : Ya..aku perlu jadi kuat..jadi iman yang kuat..kalau aku yakin dengan petunjukNYA..dia untukku..aku perlu letak keyakinan pada Allah…bukan pada dia..

Iman memandu diri..berwudhu’…solat di malam yang hening..berzikir..memohon keampunan kerana kelalaian..Iblis semakin takut..tapi azamnya untuk menghasut belum pudar..perlu berusaha gigih menghanyutkan makhluk Allah ini..

Episod V (Kesedaran)

Nafsu : Aku telah lalai…aku tak perlu berhubung lagi dengannya..semuanya akan merosakkan aku jika selalu berhubung

Iman : Aku kena kuat..memang mujahadah bukan mudah..

Aqal : Tapi..kalau tak berhubung..aku takut kehilangannya..kerana aku tidak terikat dengannya lagi..nanti dia semakin lupakan aku..( Aqal mula rasa bimbang)..

Iblis : Memangla..kalau tak berhubung..lama-lama lupa la..(Iblis mula mengapikan-apikan)

Iman : Tak perlu bimbang…Yakin hanya pada Allah..jika Allah anugerahkan perasaan ini..yang sememangnya fitrah..DIA akan bantu kita jika kita sudah usaha dan tawakkal..

Aqal : Usaha? Kalau usaha kenala berhubung..

Iman : Usaha banyak caranya.. menggunakan kaedah yang betul jika ada urusan dengan si dia..boleh gunakan sahabat atau ahli keluarga..yup..itu adalah cara yang baik..ini adalah cara sebaiknya untuk menjaga hati..daripada lalai..

Nafsu : Aku merasa tenang dan yakin…

Iman : Dan aku perlu banyak-banyak berdoa memohon kepadaNYA…kerana DIA Maha Pemurah dan Maha Mendengar rintihan hambaNYA..

Aqal : Aku setuju..aku faham sekarang apa yang perlu dilakukan..

Iman : Aku perlu yakin pada ALLAH..bukan pada dia..kerana aku yakin..Allah yang memiliki hati ini..dan hati dia..Allah yang Berkuasa menyatukan hati kami berdua..bukan aku yang boleh ikat hatinya padaku..dan bukan dia yang boleh ikat hatiku padanya..Allah yang ikatkan hati ini..kerana sesungguhnya hati ini adalah milikMU yang mutlak..

Nafsu dan Aqal : Betul..jadi sentiasa berhubung bukan syarat untuk terus terikat selagi belum ada ikatan yang sah..Kami bersamamu Iman…Ya Allah pandulah hati ini ke jalanMU yang lurus…jauhkan dari hasutan Iblis…kuatkan aqidahku..Aku perlukan cintaMU..Aminn

Iblis : Wargh!!!..Tak guna punya iman..!!!…

Kisah ini hanya untuk renungan bersama dan peringatan buat diriku yang lalai..kerana saya yakin..semua pernah dan akan mengalami perang ‘mujahadah’ ini..jangan kita biarkan nafsu merajai hati kita..biarlah nafsu tunduk di bawah kekuatan iman..bukan mudah..memang bukan mudah untuk tetapkan keimanan…kerana iman berubah..nafsu turut berubah..semuanya terletak pada diri kita..sejauh mana untuk kita melawannya…sesungguhnya jalan mujahadah ini berliku-liku..bukan sedikit halangannya..semuanya adalah untuk menguji keimanan kita..

Semoga Allah bersama kita semua..membantu kita semua..binalah sebuah hubungan di bawah redhaNYA kerana kita mengharapkan sebuah ikatan yang tiada cemarnya..sebuah ikatan yang sah..yang dibentuk bukan hasil kelalaian dan telah merosakkan hati dan mengurangkan amalan kita kepada

YANG SELAYAKNYA..InsyaAllah..Aminn…

Penjelasan terhadap pertanyaan yang dikemukakan oleh saudara Satya berkenaan dengan isu murtad yang telah saya siarkan pada 22 November lalu yang bertajuk Usah Biarkan Dia Terkapai-kapai Dalam Mencari Kebenaran…

December 12th, 2007 by epah-sk8

Disini saya ingin menjelaskan dan menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan oleh saudara Satya berkenaan dengan isu murtad yang telah saya siarkan pada 22 November lalu yang bertajuk Usah Biarkan Dia Terkapai-kapai Dalam Mencari Kebenaran…

Q: Setahu saudara, apakah sebenarnya yang terkandung dalam kitab suci Al Quran dan Hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. tentang isu murtad? Pada pendapat saudara, adakah seorang Muslim berhak meninggalkan Islam? Jika tidak, patutkah mereka yang murtad dihukum, jika masih ingin meninggalkan Islam setelah menerima pelbagai kaunseling agama?  Jika saudara rasa mereka patut dihukum, apakah hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap mereka?

A:        Baiklah, sebelum saya menjawab persoalan ini saya ingin menerangkan kepada saudara Keagungan al-Quran dan as-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan pesan lebih kurang 1400 tahun lalu bahawa manusia tidak akan sesat selagimana berpegang teguh pada al-Quran dan as-SunnahNya. Jika seseorang itu hanya berpegang pada salah satu daripadanya sahaja, maka dia akan menjadi sesat. Ini kerana al-Quran dan as-Sunnah saling melengkapi antara satu sama lain.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”              (An-Nisaa’ 4:59) 

Baiklah disini saya akan membahagikan kategori murtad kepada tiga berpandukan al-Quran dan Hadith2 Nabi Muhammad s.a.w:

1. Orang yang murtad namun menyembunyikannya

2. Orang yang murtad dan menzahirkannya

3. Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya

Kategori Pertama ( Orang yang murtad namun menyembunyikannya)

            Golongan ini menyembunyikan kemurtadannya sehingga tiada siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, tidak dijatuhkan hukum hudud (dibunuh) di dunia. Hukuman mereka adalah di sisi Allah di akhirat kelak.

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi ada menjelaskan, “Islam tak menjatuhkan hukuman atas orang yang murtad yang tidak menghebahkan murtadnya dan tidak menyeru orang lain agar murtad sepertinya. Islam membiarkannya menerima balasannya di akhirat kelak jika dia mati dalam kekafirannya itu. Seperti firman Allah:

"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang ini rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya "     (al-Baqarah 2:217)

            Mungkin anda akan bertanya mengapa tidak dikenakan hukuman hudud? Ini kerana tujuan hukuman hudud dijatuhkan adalah untuk menghindarkan sesuatu jenayah yang dilakukan secara terbuka di khalayak ramai daripada menjadi ikutan dan fitnah kepada masyarakat.

Kategori Kedua (Orang yang murtad dan menzahirkannya)

            Golongan ini murtad dan menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekalipun samada melalui media massa, elektronik, internet, sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya. Maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat (menyesali dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama). Rasulullah s.a.w bersabda:

            “Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia” (Sahih al-Bukhari hadis no 6922 Kitab Istitabah al-Murtaddin… Bab hukum lelaki dan wanita yang murtad)

            Syeikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim menjelaskan, “Allah sahaja yang lebih mengetahui, bahawa nas yang disampaikan secara terus kepada Nabi Muhammad s.a.w hanya menunjukkan kewajipan hukuman mati terhadap orang murtad. Dan ini sudah merupakan ketetapan dasarnya. Akan tetapi jika imam (atau hakim) berpendapat untuk menundakan hukuman dan menilai permintaan taubat terhadap orang murtad sebagai langkah kebijaksanaan yang memiliki maslahat, maka hal itu dibolehkan sesuai dengan perbuatan para sahabat yang sememangnya terpercaya”.

Kemudian jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi  Maha Mengasihani”                                              (al-Taubah 9:05)

            Jika dirujuk para tokoh al-Salaf al-Shalih rahimahumullah, akan didapati bahawa mereka berbeza-beza dalam menundakan hukuman (al-Musannaf karya Imam Abd al-Razzaq) Ada yang menjatuhkan hukuman bunuh serta merta, ada yang menundanya selama 3hari, 20 hari, sebulan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kemaslahatan yang ingin dicapai dalam kes yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa sekalipun mereka berbeza dalam tempoh penundaan, pada akhirnya hukuman bunuh tetap dijatuhkan jika orang itu enggan bertaubat atau tidak menunjukkan harapan untuk bertaubat.

Golongan Ketiga (Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya)

            Golongan ini murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengan apa cara sekalipun, samada dengan menggunakan senjata, lisan, lisan, pemikiran serta menggunakan bantuan orang bukan Islam dan munafik, maka mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak bertaubat. Pengecualian jika mereka bertaubat sebelum ditnagkap, maka taubat mereka diterima. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:

            Tidak dihalalkan darah seorang Muslim yang bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya aku adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara: Membunuh, Penzina yang sudah bernikah dan Orang yang  meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam)”          (Shahih al-Bukhari hadis no 6878 Kitab al-Diyat)

            Yang dimaksudkan …Orang yang  meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam) adalah orang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya. Ini dijelaskan dalam al-Quran:

           “Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas atau dipalang atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas daripada hukuman itu). Maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”                (al-Maidah 5:33-34)

Q: Apakah perspektif Al-Quran tentang kebebasan beragama?

A: Baiklah, Pertama sekali saya perlu menerangkan tentang ayat di dalam al-Quran yg menerangkan konsep tiada paksaan dalam agama.

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut (Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada ikatan tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”                            al-Baqarah (2:256)

Maka adalah dibenarkan untuk kita menganut walau apa jua agama sekalipun, namun agama yang paling diredhai di sisi Allah adalah agama Islam seperti yang termaktub dalam al-Quran:

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab (Maksudnya ialah Kitab-Kitab yang diturunkan sebelum Al Quran) kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya"                               (Ali ‘Imran 3:19) 

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”  (Ali-‘Imran 3:85)

Sebenarnya hukuman murtad tidak memiliki apa-apa kaitan dengan surah al-baqarah ayat 256. Ini kerana hukuman murtad tidak ditujukan kepada pilihan agama seseorang, tetapi ditujukan kepada sikap seseorang yang menzahirkan pilihannya untuk murtad dari agama Islam. Penzahiran itulah yang menyebabkan hukuman dijatuhkan bagi mengelakkan pilihannya itu daripada menimbulkan fitnah kepada Islam dan umatnya.

Inilah hikmah di sebalik hukum murtad.

“Syariat Islam menjatuhkan hukum bunuh ke atas jenayah murtad kerana ia adalah satu perbuatan yang merosakkan agama Islam dan dasar-dasar kemasyarakatan. Jika jenayah ini dipandang ringan, seluruh sistem kemasyarakatan Islam akan roboh. Maka hukuman yang berat dikenakan atas tujuan menghapuskan kes murtad dan menghindari orang lain dari melakukannya.

Apa jua faktor yang menyebabkan seseorang ingin murtad, hukuman bunuh sahaja yang mampu melahirkan sikap gerun dalam diri seseorang dan akhirnya menghindarinya daripada melakukan jenayah tersebut.

Untuk pengetahuan saudara,kebanyakan hukum konvesional masa kini menjaga kestabilan sistem kemasyarakatan dengan melaksanakan hukuman yang paling berat kepada orang yang menceroboh dan merosakkan sistem tersebut. Dalam erti kata lain, hukum konvesional masa kini menjatuhkan hukuman yang sama kepada jenayah yang mengakibatkan kerosakan kepada masyarakat, sama seperti hukum syariat Islam”

Boleh dikatakan kesemua negara yang mengamalkan hukum jenayah konvesional menjatuhkan hukuman mati kepada jenayah yang paling merosakkan sistem Negara dan rakyatnya. Sebagai contoh pengedar dadah di Malaysia. Sesiapa yang mengedar dadah di atas jumlah tertentu akan dijatuhkan hukuman mati. Di sini tidak timbul persoalan “Hak asasi individu untuk mengedar dadah” atau “Dadah itu kegunaan peribadi dan bukan kegunaan orang lain”. Maka hukuman dikenakan kepada siapa sahaja yang mengedar dadah, sekalipun yang mengedarnya adalah warganegara asing. Kenapa sedemikian? Hal ini adalah kerana dadah adalah perosak kepada sistem Negara dan rakyatnya.

Q: Dalam rencana ini, saudara telah menyebut tentang "al-Quran ciptaan manusia". Bolehkah saudara menjelaskan sedikit tentang al-Quran ciptaan manusia ini?

Berkenaan dengan persoalan ini, saya telah menghantar e-mel kepada saudara Satya. Di dalam emel itu telah diberikan contoh dimana ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk merosakkan ayat-ayat Allah dengan mencipta al-Quran baru bertajuk al Siratul Mustaqiim. Namun harus disedari bahawa Allah telah berfirman dalam al-Quran

           Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”        (Al Hijr 15:9)A_1 B_2 C_1

Usah Biarkan Dia Terkapai-kapai Dalam Mencari Kebenaran…

November 22nd, 2007 by epah-sk8

            “Teruknya masyarakat Islam sekarang.. Senang-senang je keluar Islam, apa nak jadi? Tengoklah kes Azlina Jailani (Lina Joy), dah bertahun-tahun lamanya (disokong IFC) masih tidak jemu nak melawan institusi kehakiman negara untuk mengaku diri dia murtad. Itu baru kes dia yang dah murtad, belum tengok berapa ramai lagi yang dah murtad cuma tak masuk akhbar,” diriku memberontak!

Walaupun dianggarkan 5000-6000 orang memeluk Islam setiap tahun di Malaysia, namun jumlah yang murtad boleh tahan juga!

Cuba bayangkan, sedangkan orang Melayu kita yang dilahirkan Islam (born Muslim) pun boleh murtad, apatah lagi saudara-saudara yang baru memeluk Islam. Maka di sini diri ini merasa terpanggil untuk membincangkan perkara ini yang mana masih ramai orang yang tidak sedar akan keperitan saudara baru dalam menempuhi hidup ini sebagai Muslim.

Pernahkan terlintas dibenak anda bagaimanakah keperitan yang dialami oleh saudara baru yang masih mencari-cari kebenaran? Bagi yang mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan masyarakat, InsyaAllah segalanya terjamin, tapi bagaimana pula bagi yang tidak mendapat sokongan langsung? Keperitan, kesedihan, kegusaran hanya dirasai seorang diri. Dimanakah kita ketika golongan ini memerlukan kita?

Fikir-fikirkanlah, umat Islam ini ibarat pabila dicubit peha kiri, peha kanan turut terasa sakitnya. Di akhirat kelak kita akan disoal, apa yang telah kita lakukan di dunia; untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan untuk agama. Ke mana pergi masa muda kita? Bersamalah kita bermuhasabah…

PENGERTIAN MURTAD (Arieff Salleh Rosman ~Murtad Menurut Perundangan Islam)

Perkataan murtad berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘Riddah’ yang bermakna kembali kepada sesuatu kepada selainnya.

Dari sudut bahasa bererti orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.

Dari sudut syarak bererti seorang Muslim mukallaf yang keluar daripada Islam samada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan dengan kehendaknya sendiri.

PEMBAHAGIAN MURTAD

1) PERBUATAN

~ Menyembah berhala

~ Mempersendakan hukum dalam al-Quran

~ Menghalalkan yang haram dan sebaliknya

2) PERKATAAN

            ~ Lafaz yang mengingkari keEsaan Allah

            ~ Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

            ~ Mengisytiharkan diri keluar daripada Islam

3) I’TIKAD

            ~ Menyimpan kepercayaan yang bertentangan Islam

                                                                     i.            al-Quran kononnya ciptaan manusia

                                                                   ii.            Saiyidina Ali adalah Tuhan

SEBAB-SEBAB MURTAD DI KALANGAN SAUDARA BARU

  1. Dua tahun pertama pengIslaman merupakan fasa yang paling kritikal
  2. Tentangan hebat daripada keluarga (sebenarnya keluarga bukan takut anak memeluk agama Islam tetapi takut anak akan meninggalkan mereka)
  3. Tiadanya sokongan daripada masyarakat Muslim
  4. Persepsi memeluk Islam bererti menjadi Melayu (banyaknya bebanan perkara yang berupa budaya yang bukan berasaskan agama)
  5. Tidak mendapat pendedahan yang lengkap tentang Islam
  6. Peluk Islam semata-mata untuk berkahwin
  7. Tiadanya pendakwah/pertubuhan dakwah yang membuat penialaian semula terhadap gerak kerja, usaha dan modus operandi dakwah yang digunakan selama ini (adakah masih relevan dengan keadaan semasa khususnya dalam pembinaan terhadap saudara baru)
  8. Tiadanya program terancang bagi memastikan golongan muallaf mendapat kefahaman yang betul

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

  1. Beri sokongan moral
  2. Jangan hanya suka menghukum tanpa membantu!
  3. Cuba dekati, tolong dan jadilah seorang saudara (mereka masih baru, maka berikanlah tunjuk ajar)

  4. Tonjolkan contoh rakan-rakan yang memeluk Islam dan kemudiannya berjaya dalam membina keluarga dan kerjaya sebagai contoh kepada saudara baru.
  5. Jangan membebankan perkara yang berupa budaya yang bukan berasaskan agama kepada saudara baru
  6. Jangan hanya mengharapkan institusi dakwah semata-mata kerana kita turut bertanggungjawab dalam kemaslahatan umat sejagat
  7. Jangan mewujudkan kasta antara Muslim (menganggap saudara baru sebagai Muslim second class)
  8. Jadilah keluarga angkat kepada saudara baru
  9. Penguatkuasaan undang-undang tidak cukup kerana kombinasi penguatkuasaan, didikan kefahaman dan pemantapan aqidah secara berterusan adalah lebih penting

                                   

ABIM Pahang Outreach (Kg. Sg. Mas)

November 8th, 2007 by epah-sk8

8/11/2007

Dscn9584 

Lewat tengah malam tadi, kira2 jam 12.30am aku menerima satu mesej dari Hani. Terkejut gak tiba2 je tgh2 mlm dia mesej. Rupa2nya dia ajak p Program beraya bersama org asli kt Sg. Lembing anjuran ABIM Pahang. Wat a jOke..Erm apa lg, aku pn setuju la!

So pg td kira2 jam 9.40am aku, Abg Najib, Hani, Wani n Hawa bertolak la ke destinasi yg dituju. Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam. Halangan pertama yg dihadapi ialah sungai! Huhuhu… Terasa mcm kereta yg dinaiki terapung atas air! Jambatan 2 punya la rapat sampai nk cecah air sungai. Kata org kampong, bila hujan lebat je tenggelam jmbtn 2!

Bl dh sampai, kami terus ke sekolah Kg. Mas dimana org kampong semua berkumpul. Sekolah 2 utk ank2 org asli je, btul2 dlm hutan, tp xsama dgn Kg. Rantau (lg pedalaman kene naik land rOver). Actually program ni mengubat kerinduanku pd prog Kg. Rantau yg ditangguhkan tempoh hari. Patutnya 12hb ni p Kg. Rantau tp atas sebab2 yg xdpt dielakkan maka prog 2 dibatalkan.

Ok, bl sampai je ktorg trus berta’aruf dgn msyrkt situ. Pastu trus bw masuk nasi impit ke dlm tmpt memasak. Rupa2nya kedatangan kami ditunggu sejak jam 9.30am lg. Kesian org kg =( Dah 2 brg2 msk xsampai lg coz ada kt kereta yg satu lg. Nak xnak kami terpaksa tggu.

20 minit kemudian kereta yg ditunggu pn sampai. Apalagi bersiap2 utk masak la. Kaum Hawa wat bhn2 perencah (ptOng bawang, halia etc.) kaum Adam lak setting peralatan n tlg dorg msk skali. Org kg pn tlg gak! Tyme 2 aku, Hawa, Hani n Wani p layan ank2 org asli. Kita wat mass ‘Anak Kesayangan’ (btul ke nama dia cam 2?) n ‘Kelopak Jantung’. Wpun sambutan xberapa meriah sgt,  nmun semuanya berjalan lancar. Yola cOz kami masih baru utk cOnduct mass.

Dlm masa yg sama ada gak sesi sOal jwb org kg bersama YDP Ikatan. Selesai sesi 2 tibalah waktu yg ditunggu; Makan!!! Kopi hasil tgn abg Najib menambat hati para tetamu. Tp ada gak sister2 uia nih yg ‘allergic’ kopi! Hahahaa.. =)

Selesai mkn aku ikut YDP Ikatan p tadika kt situ. Pada asalnya ABIM nk majukan keadaan ekonomi org2 situ, khususnya para ibu yg xbekerja. Ye la kalo nk harapkan hasil suami yg menoreh, berapa la sgt? Dgn keadaan yg selalu hujan lg. Dah 2 org kg dh byk kali bg

surat

nk mnta bantuan drp YB kwsn 2, tp disebabkan karenah BIROKRASI, seumpama menunggu bulan jatuh ke riba. Erm…

Terngiang2 di telinga aku kata2 YDP 2,

Ada

org menjadikan org yg naïf dan daif sebagai satu asset 

berharga buat diri mereka sendiri”

Tepat jam 2.30pm kami beransur pulang. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Syukur kami buatMu Ya Rabbi! Andai diberikanku peluang utk bersama mereka lagi, tidak akan ku biarkan peluang tersebut!!!

Smk Keratong. TERJAH!!!

November 4th, 2007 by epah-sk8

Hari ini dlm sejarah                                                                                       3/11/07

Setelah sekian lama meninggalkan kerja2 kefasilitatoran (yeke?), arini aku menjadi fasi utk kesekian kalinya. Wpun agak ‘terdesak’ pada awalnya, namun aku menggagahkan diri ini. Aku memegang sekumpulan pelajar Form 1 bersama Cha. ‘Cha’utk pertama kalinya mjadi partner aku. Bg aku Cha dah wat yg terbaik n nOt bad try again… Kira dia pn dh pnh jd fasi b4 dis(if im not mistaken), so aku bg la dia jd fasi (aku jd cO fasi je). Yola bg peluang kt org lain lak.

Tp apa yg menyayat ati ni ialah pabila aku merasakan diri ni xdpt wat yg terbaik utk adik2 yg aku jg 2. Tah la rasa lain mcm je. Maaf la adik2ku sekalian;Wan, Alias, Faiz, Najmi, Amir, Faizah, In, Pika n Fika. Abg xdpt bg mOtivasi yg terbaik utk kalian… Terlampau ikut mOdul yg dberi. Maaf sgt2.

Rasa cam objektif prOg n objektif diri ni sndiri x tertunai sepenuhnya! That’s y aku bg Cha peluang utk terangkan sgalanya dlm pOst-mOrtem. Tp tah knp la kak Nabilah 2 nk gk aku beri kOmen skit. Tyme 2 la aku merasakan seperti membOhongi diri sendiri (aku xgtau keadaan sbnr yg tsirat kt ati ni). Aku xjujur! Arghhh!!! TIDAK!!! Berdosa sgguh diri ni.. Sob5..… I’m so sOrry..

Itu la mslhnya, kdg2 org put trust on me n gv high eXpectatiOn padahal aku sndri xpsti boleh wat ke x… Erm…

Pape pn aku pasti, setiap apa yg aku dh wat adalah apa yg terbaik yg boleh aku wat. Well sumtymes apa yg kita inginkn xsemestinya kita dpt. So redhalah dgn apa yg dh tjadi.

“Ingatlah, kekadang pabila kita mengharapkan cahaya mentari bersinar, bertandang pula hujan. Kita menangis seketika… Tp dlm kita xsedar rupa2nya Allah nk hadiahkn kita pelangi yg indah!”

~Aku sentiasa berpegang dgn kata2 ini… Moga aku diberi kekuatan dlm menempuh hidup ini. Ameen…

P/s: InsyaAllah 12hb ni aku akn ke Kg. Rantau (Sesi ke-3) n aku akn perform yg terbaik utk adik2 org asli 2! Rindunya nk jmpa mereka!

BASIC OF PHOTOGRAPHY WORKSHOP

September 25th, 2007 by epah-sk8

BASIC OF PHOTOGRAPHY

22nd September 2007

10.30am – 4.00pm

Lecture Hall 1 KOM UIA KuantanMagic_hour

Assalamualaikum w.b.t.

Program ni diadakan dgn kerjasama FMDC. Fotopages group. Aku rasa sungguh bersyukur kerana diberi peluang masuk bengkel ni, dapat ilmu baru. Mentang2 dah ada camera baru!

Overall prog ni mmg besh. Mula2 diberi sikit lecture ttg basic photography, then trus Q n A. After dat we are divided into 7 groups. Dlm group, setiap org diberi peluang utk tangkap gambar kat area KOM sebanyak manapun yg kitorg nk tp hanya 1 gmbr je yg bole submit. Sekiranya gambar menepati kehendak penganjur, gambar akan terpilih jd TOP 5! So aku berusaha dgn bsungguh2 n hantar la gmbr ni. Dscn8831

Seramai 23 orang submit gmbr dan akhirnya 5 saja dipilih. Alhamdulillah sgt2 gambarku terpilih! Komen la kt bwh ttg gmbr yg aku tgkp ni. Dan aku sediakan sekali notes yg aku sempat salin, sama2 la belajar. Wallahua’lam.

INTRO

~APERTURE  (to control the size of lenses)

~SHUTTER (to control thr amount of light)

~ISO (sensitivity of film towards light) darker, higher ISO needed

~EXPOSURE MODE (to measure light)

~FOCUSING MODE

1.        Auto Focus Single

2.        Auto Focus Continuous (Focus stretching)

3.        Auto Focus apatah xsempat nk salin

~WHITE BALANCE (to make sure get a pure WHITE colour)

1.        Lampu kalimantang cahayanya akn jd hijau bl kita tangkap gmbar

2.        Spotlight lak akn jd kuning

3.        So kne balancekan dgn cara meng‘adjust’nya

~FLASH (for lighting)

EXPOSURE

~APERTURE AND SHUTTER SPEED

1.        > Dark place, > aperture needed, > shutter speed

2.        Minimum shutter speed = 1/lense focal length

24mm = 1/25

28mm = 1/30

50mm = 1/60

70mm = 1/80

3.        In sport, > 1/250sec shutter speed needed to freeze action

4.        Slow shutter speed for:               1. Light trail

2. Panning

3. Zoom burst

COMPOSITION

  1. What is the subject? Our idea?

  2. Subject of interest.

  3. Subject placement (RULE OF 3rd )

  4. Background          (jgn serabut sgt) 

    (Magic Hour -sun rise & sunset-)Magic

  1. Foreground (semua bahagian dlm gmbr dberi penekanan)

  2. Simplicity (jgn byk sgt element dlm 1 gmbr)

  3. Viewpoint & angle yg menarik

  4. Shape (2-D pics)

  5. Lines (focus on subject berdasarkan line yg ada)

  6. Pattern (ada shadow, cahaya, bentuk menarik)

  7. Framing (jadikan alam semulajadi as frame utk subject)

apa2 aje

September 18th, 2007 by epah-sk8

Dscn8750Jumaat lepas (7/9/07) ~ Jatuh tyme main sk8.. Sebabnya pakai kasut yg dh xda grip. Memang hampeh tul. Akibatnya wrist aku terseliuh skit… Dah la nk exam. Nasib2..

Dscn8745_2Ahad (9/9/07) ~Di ambang burfday Jep. Kemaruk sgt nk tgk wayang, so apa lg wat la tayangan ‘amal’ kt bilik aku guna projector. Kira layan big screen mcm kt panggung gk la. Kira ok la..Nk tau tgk cite apa?

2 Minggu ni exam.. Ada masanya bl kita dh prepare mmg mudah nk wat, tp bl xprepare mmg sakit. Hye.. Jgn la wat stdy last minit. Nnt nyesal xguna!

g mulia. Maka aku p la Bazar kt Terminal. Waduh lihatlah rakyat2 d sana…Bila azan maghrib bergema aku pun mulalah berbuka bersama teman sebilik. 

Dscn8766Jumaat (14/9/07) ~ Sejak bila lak surau KOM UIA Kuantan dinaik taraf utk wat solat Jumaat n Ustaz Ali jd Khatib? Peliknya..

Dscn8757Khamis (13/9/07) ~Bermulanya bulan Ramadhan y